Kerajaan Perak
Asal usul nama Perak
· Dikaitkan dengan nama sejenis logam,iaitu perak.
· Menurut Sejarah Perak karya A. Halim Nasir,nama Perak diambil sempena nama Sungai Perak yang terdapat sejenis ikan berwarna putih seperti perak.
Pembentukan kerajaan Perak
· Menurut Sejarah Melayu dan Salasilah Perak,kerajaan Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah,iaitu putera Sultan Mahmud Shah dari Melaka pada tahun 1528.
· Tun Saban telah memohon seorang putera Sultan Mahmud Shah untuk dijadikan raja di Perak.
· Sultan Mahmud Shah berkenan dengan permintaan mereka dan menghantar Raja Muzaffar Shah bersama alat kebesaran negeri,Cura Si Manjakini ke Perak.
· Gelaran baginda ialah Sultan Muzaffar Shahibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah.
· Pusat pemerintahan baginda di Tanah Abang.
Keistimewaan dan keunikan kerajaan Perak
· Sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung, Perak terkenal dengan kekayaan hasil buminya, terutama bijih timah.Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar berminat untuk menguasai negeri Perak.
· Pada tahun 1575,Acheh menawan Perak dan menjadikannya negeri naungan.
· Pada tahun 1651,Belanda mengepung Perak dan memaksa Sultan Perak menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C).
· Perjanjian tersebut ditandatangani antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers pada 13 Mac 1753.
· Menurut perjanjian tersebut, Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda.
· Bendahara Megat Terawis telah menentukan sempadan antara Perak dengan Siam atas perintah Sultan Meleka.Penentuan sempadan ini memudahkan pembesar Perak memungut cukai perlombongan bijih timah.
· Kawasan perlombongan bijih timah di Klian Intan diusahakan oleh orang Reman dari Siam.
· Hasil kutipan cukai daripada perlombongan bijih timah tersebut menjadikan negeri Perak kaya.Kekayaan Perak meyebabkan kerajaan Siam berminat untuk menguasai Perak.
· Siam mengarahkan Kedah menyerang Perak pada tahun 1816,1818 dan 1819.
· Perak tewas pada tahun 1819.Kesan kekalahan Perak ialah:
1. Perak dipaksa menghantar bunga emas kepada Siam setiap tahun.
2. Kerajaan Perak membenarkan orang Siam membeli bijih timah tanpa perlu membayar cukai.
· Namun,tindakan Siam itu gagal kerana Perak menandatangani Perjanjian Low dengan British pada tahun 1826.

No comments:
Post a Comment